Saturday, January 23, 2010

Kemangkatan Sultan Johor

Salam:

Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Sulaiman telah kembali ke rahmatullah pada usia 77 tahun hari ini (Jumaat, 22 Jan 2010). Marilah kita sedekahkan al-fatihah ke atas roh baginda. Alfatihah...

Monday, January 18, 2010

Al-fatihah

Salam:

Pelajar Semester 4, program dalaman DCSN, Saudari Shafinaz bt Md Saad telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Sabtu malam 16 Jan 2009. Marilah kita sedekahkan al-fatihah ke atas roh beliau.

Friday, January 15, 2010

Majlis As-Syura

Salam:

Saya dimaklumkan secara lisan bahawa majlis As-Syura (bubur asyura) akan dilaksanakan pada Khamis, 21 Jan 2009 (sebelah pagi) bertempat di Kampus Suka Menanti, KPTM Alor Setar. Difahamkan sebanyak 4 kawah/periuk akan dibekalkan pada hari tersebut. Konsep gotong-royong menyediakan bubur asyura ini masih lagi dikekalkan. Orang yang menggepalai sambutan pada kali ini adalah Ustaz Khairul. Semua warga KPTM AS termasuk pelajar dialu-alukan turut serta menyediakan bubur ini. Ini merupakan satu aktiviti sosial yang sihat disamping mengekalkan hubungan baik antara pelajar dan warga kerja. Wallahualam.

Lantikan Baru TPP

Salam:

Untuk maklumat semua, En Mudzir Mohamed telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan KPTM Alor Setar yang baru bagi menggantikan En Saifulkahar Shariff yang bertukar ke KPTM Kuala Lumpur (HQ). Pertukaran ini berkuatkuasa segera. Sekian, harap maklum.

Thursday, December 31, 2009

Komunikasi Berkesan Bermula Dari Dalam Diri

Salam: (Secebis Rencana Ringkas)

Seringkali kita dihadapkan dengan masalah komunikasi apabila berlakunya 'misunderstanding' di dalam mencapai sesuatu tujuan dalam kegiatan harian. Sering didengari kesalahan dipertanggungjawabkan ke atas orang lain di atas sesuatu isu yang melanda akibat dari 'salah faham' ini.

Pakar komunikasi beranggapan bahawa, perkara asas di dalam berkomunikasi terletak pada diri individu itu sendiri. Dalam erti kata lain, tahap amalan komunikasi 'intrapersonal' seseorang perlu diteliti dan disetkan supaya menjadi lebih 'positif'.

Kita sering mendengar komunikasi secara interpersonal ataupun komunikasi yang berlaku dengan orang lain. Namun demikian, sama ada secara sedar ataupun tidak, kita telah mengamalkan tahap yang lebih awal bila berkomunikasi yang digelar 'intrapersonal' iaitu komunikasi yang berlaku di dalam diri kita sendiri.

Contohnya, sebagai individu, kita memilih untuk berkomunikasi dengan orang lain sama ada sebagai sahabat, rakan sekerja, rakan sebilik dan sebagainya. Kita telah menetapkan elemen-element positif dan negatif termasuklah persepsi terhadap orang yang hendak kita berkomunikasi. Sekiranya elemen dalam 'intrapersonal' kita banyak ke arah positif maka hubungan kita dengan orang lain akan menjadi positif dan begitulah sebaliknya.

Sehubungan itu, untuk menjadikan komunikasi kita lebih efektif, kita perlulah menanam banyak elemen positif di dalam aspek 'intrapersonal' atau dalaman sebelum berkomunikasi dengan seseorang yang lain.

-KN-

Saturday, December 26, 2009

Cuti dan Permulaan Semester


Salam:

Cuti hujung tahun ini sempatlah berpeluang mengunjungi beberapa tempat bermula dari Terengganu (sambutan Aidiladha), menjengah beberapa malam di Pulau Pangkor, Ipoh dan Penang. (gambar: Penang; Tanjung Bungah/Bt Feringgi).

Banyak keluarga mengambil peluang bercuti sempena cuti sekolah ini dan juga sambutan krismas sehinggakan banyak bilik-bilik hotel dan apartment mahupun motel ataupun bajet hotel penuh ditempah. Kami dikira bernasib baiklah mendapat bilik di saat-saat akhir.

28 Disember 2009, pendaftaran pelajar baru program Uitm (OMT155 dan HM111) akan bermula dan pelajar-pelajar program homegrown dijangka pada awal Januari 2009. Di kesempatan ini diucapkan selamat datang buat semua pelajar baru dan selamat kembali ke kolej bagi menghadapi permulaan semester pengajian baru bagi pelajar-pelajar lama. Jumpa nanti.

Friday, December 11, 2009

Pencapaian SUPTEM 2009

Salam:

Kontinjen KPTM Alor Star telah berusaha sedaya mungkin sehingga ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital dan mengalami kecederaan serius dalam pertandingan SUPTEM 2009 yang berlangsung di GMI, Bangi, Selangor pada 1 hingga 4 Disember 2009 baru-baru ini.

Pencapaian kontinjen Alor Setar tidaklah begitu memberangsangkan namun syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang menunjukkan daya semangat yang baik sepanjang kejohanan. Insyaallah, kita akan perbaiki segala kelemahan bagi memantapkan pasukan.

Tuesday, November 24, 2009

Lelaki Cedera Parah Dilanggar

Salam:

Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala akibat dilanggar oleh sebuah kereta Kembara di hadapan Bank Maybank, Seberang Jalan Putra pagi ini kira-kira pukul 8.30 pagi.



Lelaki yang dipercayai sedang menunggang basikal dirempuh dari belakang oleh kereta terbabit dan menyebabkan mangsa terpelanting dan kepalanya terhantuk pada cermin hadapan kereta itu sehingga menyebabkan kepalanya berdarah dan sisa-sisa rambut jelas kelihatan terlekat pada cermin kereta itu.

Pada saat di mana mangsa kelihatan begitu tenat, bantuan orang ramai dihulurkan dengan cara berkomunikasi dengannya supaya mengelakkan mangsa tersebut dari 'pengsan'. Kaedah komunikasi ini adalah sangat digalakkan di mana mangsa perlu disedarkan supaya dapat terus bernafas sehingga menantikan bantuan dari pihak hospital.



Bantuan yang diberikan oleh 'saudara' kita ini adalah sangat baik di mana beliau menggunakan 'sentuhan' sebagai cara untuk berkomunikasi dengan mangsa. Fahamilah bahawa, untuk berkomunikasi kita mempunyai pelbagai pilihan, bukan sekadar bertutur malah sentuhan juga memainkan peranan yang berkesan di dalam menyampaikan mesej anda.

Monday, November 23, 2009

SUPTEM 2009 - Kontinjen Alor Setar

Salam:

Berikut beberapa maklumat berkenaan Sukan Antara Kolej-Kolej KPTM atau ringkasnya SUPTEM yang dijadualkan berlangsung di Bangi dari 1 hingga 4 Disember 2009. Rombongan kontinjen Alor Setar akan berlepas dengan bas pada 30 Nov 09, pukul 10 pagi dan dijangka tiba di KPTM Bangi lebih kurang pukul 3-3.30 petang. Pada sebelah malamnya bolehlah para pemain kita menikmati rehat secukupnya sebelum tiba hari esok.

1 Dis 2009, majlis perasmian dijangka disempurnakan pada pukul 10 pagi dan acara sukan dengan rasminya akan dimulakan pada pukul 2 petang. Sebagai penasihat pasukan Bolasepak, kami telah memilih antara yang terbaik untuk kejohanan kali ini walaupun slot latihan begitu terhad. Walaupun yakin ada lagi bakat-bakat yang belum menonjol di luar sana, di harap bagi yang terpilih dapat memberikan yang terbaik dan bersemangat untuk tidak mengaku kalah samaada secara 'psikologi'nya atau kelebihan fizikal yang ada kepada kontinjen kolej lain.

4 Dis 2009, majis penutup dijangka dilakukan sekitar pukul 4 petang.

Thursday, November 19, 2009

Exam dan "Preparation" Nakal

Salam:

Di sepanjang minggu exam, ada juga 'persediaan' dalam bentuk nota-nota kecil sama ada secara sedar ataupun tidak disimpan oleh pelajar dan dibawa masuk ke dalam dewan walaupun mengetahui di dalam mana-mana peperiksaan, perbuatan sebegitu adalah salah. Pelbagai strategi diguna untuk menyimpan 'bahan' tersebut. Ada yang meletakkannya di dalam pencil case, di tulis di atas cover mata pensil, disimpan di dalam wallet dan sebagainya lagi. Jika terlepas dari pandangan pengawas dah kira bernasib baiklah. Akan tetapi, sekiranya 'tertangkap' natijahnya adalah 'BESAR' sekali. Renungkanlah.

Wednesday, November 18, 2009

Yang Terpilih dan Tersingkir

Salam:

Pemilihan skuad pelatih bolasepak KPTM AS untuk ke SUPTEM 2009 di Bangi telah saya lakukan. Sememangnya agak sukar kerana ramai yang menunjukkan minat dan bersemangat untuk mewakili kolej. Syabas kepada semua yang telah hadir. Dianggarkan lebih 40 pelajar yang datang untuk sesi pemilihan.

Notis pelajar-pelajar yang terpilih telah dinaikkan dan boleh dilihat di papan kenyataan HEP dan juga di bangunan Suka Menanti. Bagi yang 'tersingkir', bukanlah bermakna mereka ini tidak bagus tetapi kerana 'keperluan' hanya untuk sebilangan kecil pelajar sahaja. Insyallah, tahun depan, kita akan pergiatkan lagi aktiviti pasukan bolasepak KPTM Alor Setar memandangkan ramai yang menunjukkan minat dan bersemangat untuk bermain.

Sunday, November 15, 2009

Exam Weeks

Salam:
Final exam for this semester has just begun with two papers; Bahasa Kebangsaan and Communication Skills 3 today. I personally wish 'good luck' and 'try your very best' to all of KPTM Students especially those who were with me throughout this semester. I believe we've had a great moment together and insyallah we'll see each other again soon. Take care.

Friday, November 13, 2009

Pemilihan Pasukan Bolasepak KPTM AS ke SUPTEM

Salam:

Bertempat di padang Sek Men STAR, seramai lebih 30 pelajar menghadiri sesi pemilihan pemain bolasepak untuk mewakili KPTM AS ke Pertandingan Sukan Kolej-Kolej KPTM atau SUPTEM yang dijadualkan mulai 1 hingga 4 Disember 2009 bertempat di Bangi, Selangor.

Ramai yang berbakat dan menunjukkan skill yang dimiliki walaupun keadaan padang agak licin dan becak. Hasil dari pemerhatian awal, saya mengambil keputusan untuk tidak 'menyingkirkan' mana-mana pelajar yang turun pada hari itu. Sesi berikutnya adalah pada 16hb ini di tempat yang sama.

Tuesday, November 10, 2009

Peti Cadangan : Apa Rasionalnya?

Salam:

Semua sedia maklum bahawa peti-peti cadangan telah ditempatkan di sekitar kolej (Mergong) terutama berdekatan tangga menaiki ke bilik-bilik kuliah di tingkat 2 dan 3. Asas menyediakan peti cadangan ini pada hemat saya adalah baik kerana ianya bakal 'menyuburkan' komunikasi dalaman di antara pelajar, pensyarah dan pengurusan kolej.

Walaubagaimanapun, terdapat 'kecacatan' dari segi implementasinya yang menyebabkan berlakunya keadaan berikut:



Apakah yang mencacatkan fungsinya sehinggakan peti yang sepatutnya diisi dengan idea dan aduan bernas dipenuhi dengan longgokan sampah. Tambahan pula peti dipecah sama ada secara sengaja mahupun tidak dan ianya menggambarkan pengurusan peti cadangan ini yang tidak 'efisyen'.

Kebanyakan organisasi berjaya di zaman moden ini mengamalkan konsep peti cadangan yang efektif dan berjaya mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi sesiapa jua yang menjadi ahli organisasi tersebut. Sekiranya kita ingin mengadaptasi pendekatan ini, haruslah dibuat secara lebih serius dan bersungguh-sungguh supaya tidak diibaratkan sebagai 'hangat-hangat tahi ayam'.

Adakah penggunaan peti cadangan ini tidak dikomunikasikan secara jelas oleh pihak yang menyediakannya termasuklah menyediakan borang-borang aduan yang standard, carta aliran dan sebagainya yang sepatutnya dimaklumkan kepada khalayak sasaran. Ataupun, adakah kerana sikap majoriti ahli-ahli organisasi yang tidak memandang serius tentang penggunaan sistem cadangan ini. Wallahualam.


Wednesday, November 4, 2009

New Signboard - a way to create awareness



Salam:

It's great to see new signboards being displayed at our Suka Menanti campus. This signboards play a significant role in creating 'awareness' among the public toward our college's name and programs offered. Creating awareness is the main role of media and to influence people's attitude and their support for KPTM AS, we need more 'interpersonal' interaction.