Tuesday, November 24, 2009

Lelaki Cedera Parah Dilanggar

Salam:

Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala akibat dilanggar oleh sebuah kereta Kembara di hadapan Bank Maybank, Seberang Jalan Putra pagi ini kira-kira pukul 8.30 pagi.



Lelaki yang dipercayai sedang menunggang basikal dirempuh dari belakang oleh kereta terbabit dan menyebabkan mangsa terpelanting dan kepalanya terhantuk pada cermin hadapan kereta itu sehingga menyebabkan kepalanya berdarah dan sisa-sisa rambut jelas kelihatan terlekat pada cermin kereta itu.

Pada saat di mana mangsa kelihatan begitu tenat, bantuan orang ramai dihulurkan dengan cara berkomunikasi dengannya supaya mengelakkan mangsa tersebut dari 'pengsan'. Kaedah komunikasi ini adalah sangat digalakkan di mana mangsa perlu disedarkan supaya dapat terus bernafas sehingga menantikan bantuan dari pihak hospital.



Bantuan yang diberikan oleh 'saudara' kita ini adalah sangat baik di mana beliau menggunakan 'sentuhan' sebagai cara untuk berkomunikasi dengan mangsa. Fahamilah bahawa, untuk berkomunikasi kita mempunyai pelbagai pilihan, bukan sekadar bertutur malah sentuhan juga memainkan peranan yang berkesan di dalam menyampaikan mesej anda.

No comments:

Post a Comment