Tuesday, November 10, 2009

Peti Cadangan : Apa Rasionalnya?

Salam:

Semua sedia maklum bahawa peti-peti cadangan telah ditempatkan di sekitar kolej (Mergong) terutama berdekatan tangga menaiki ke bilik-bilik kuliah di tingkat 2 dan 3. Asas menyediakan peti cadangan ini pada hemat saya adalah baik kerana ianya bakal 'menyuburkan' komunikasi dalaman di antara pelajar, pensyarah dan pengurusan kolej.

Walaubagaimanapun, terdapat 'kecacatan' dari segi implementasinya yang menyebabkan berlakunya keadaan berikut:



Apakah yang mencacatkan fungsinya sehinggakan peti yang sepatutnya diisi dengan idea dan aduan bernas dipenuhi dengan longgokan sampah. Tambahan pula peti dipecah sama ada secara sengaja mahupun tidak dan ianya menggambarkan pengurusan peti cadangan ini yang tidak 'efisyen'.

Kebanyakan organisasi berjaya di zaman moden ini mengamalkan konsep peti cadangan yang efektif dan berjaya mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi sesiapa jua yang menjadi ahli organisasi tersebut. Sekiranya kita ingin mengadaptasi pendekatan ini, haruslah dibuat secara lebih serius dan bersungguh-sungguh supaya tidak diibaratkan sebagai 'hangat-hangat tahi ayam'.

Adakah penggunaan peti cadangan ini tidak dikomunikasikan secara jelas oleh pihak yang menyediakannya termasuklah menyediakan borang-borang aduan yang standard, carta aliran dan sebagainya yang sepatutnya dimaklumkan kepada khalayak sasaran. Ataupun, adakah kerana sikap majoriti ahli-ahli organisasi yang tidak memandang serius tentang penggunaan sistem cadangan ini. Wallahualam.


6 comments:

  1. nih bermaksud:-

    RAMAI ORANG TAK PUAS HATI NGAN KOLEJ NIH...
    xphm lg ka?

    buat aduan pon mst xdk respon gak
    student pon da mati akai nk wat pa
    so0 phm2 lar sdri k?

    ReplyDelete
  2. sir bile sir nk letak coursework dlm blog sir nie???

    ReplyDelete
  3. Coursework will not be uploaded here. Please refer to me if you need yours. Thanks for your concern.

    ReplyDelete
  4. sir kalau nak anta dalam peti cadangan apa apa komen
    kena ada form ker

    ReplyDelete
  5. Sebaik-baiknya diwujudkan form yang standard supaya lebih sistematik.

    ReplyDelete