Thursday, December 31, 2009

Komunikasi Berkesan Bermula Dari Dalam Diri

Salam: (Secebis Rencana Ringkas)

Seringkali kita dihadapkan dengan masalah komunikasi apabila berlakunya 'misunderstanding' di dalam mencapai sesuatu tujuan dalam kegiatan harian. Sering didengari kesalahan dipertanggungjawabkan ke atas orang lain di atas sesuatu isu yang melanda akibat dari 'salah faham' ini.

Pakar komunikasi beranggapan bahawa, perkara asas di dalam berkomunikasi terletak pada diri individu itu sendiri. Dalam erti kata lain, tahap amalan komunikasi 'intrapersonal' seseorang perlu diteliti dan disetkan supaya menjadi lebih 'positif'.

Kita sering mendengar komunikasi secara interpersonal ataupun komunikasi yang berlaku dengan orang lain. Namun demikian, sama ada secara sedar ataupun tidak, kita telah mengamalkan tahap yang lebih awal bila berkomunikasi yang digelar 'intrapersonal' iaitu komunikasi yang berlaku di dalam diri kita sendiri.

Contohnya, sebagai individu, kita memilih untuk berkomunikasi dengan orang lain sama ada sebagai sahabat, rakan sekerja, rakan sebilik dan sebagainya. Kita telah menetapkan elemen-element positif dan negatif termasuklah persepsi terhadap orang yang hendak kita berkomunikasi. Sekiranya elemen dalam 'intrapersonal' kita banyak ke arah positif maka hubungan kita dengan orang lain akan menjadi positif dan begitulah sebaliknya.

Sehubungan itu, untuk menjadikan komunikasi kita lebih efektif, kita perlulah menanam banyak elemen positif di dalam aspek 'intrapersonal' atau dalaman sebelum berkomunikasi dengan seseorang yang lain.

-KN-

No comments:

Post a Comment