Salam semua:
Baru hari pertama kita menjalani ibadah puasa, saya mengambil kesempatan menziarahi bazar Ramadhan di Taman Wira, Mergong. Sejak asyik meneliti gelagat orang ramai yang menjual dan membeli, mata saya terpandang 'perbuatan' yang menjolokkan di mana satu pasangan remaja Melayu Islam berjalan sambil berpelukan di khalayak ramai. Apa yang hendak dipertontonkan???Sayang sekali, pasangan itu cukup dikenali. Mereka adalah pelajar-pelajar di sini, di KPTM Alor Star...aduhai.....Sambil berjalan, si lelaki meletakkan tangannya(memeluk) di leher si perempuan dan si perempuan ini pula dengan bangga dan tanpa segan silu pulak merelakan perbuatan 'boyfriend' nya itu..
Kadang-kadang terfikir pula, tidakkah mereka ini 'sensitif' terhadap keadaan sekeliling tambahan pula di bulan yang mulia ini. Tidakkah mereka sedari bahawa setiap tindak tanduk dan kelakuan mereka diperhatikan oleh orang lain dan memberi mesej kepada yang melihatnya dan seterusnya mengundang persepsi yang negatif bukan sekadar kepada mereka sahaja tetapi juga pelajar-pelajar KPTM lain juga terasa palitannya. Moga-moga kita dilindungi. Insyallah.