Tuesday, September 15, 2009

Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah, KPTM Alor Star telah menyampaikan sumbangan meringankan bebanan golongan yang memerlukan. Melalui program yang dianjurkan Pelajar-pelajar Semester 1 Program Pengurusan Perniagaan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar ini, golongan ini diraikan di perkarangan Menara Alor Star pada Selasa 15 September 2009.
Timbalan Rektor Akademik, En Abdul Azmi Abdul Aziz sudi menyerahkan segala sumbangan berbentuk barangan dan kewangan yang didermakan oleh sebahagian besar organisasi perniagaan dan individu.
Usaha ini dilihat mampu memberikan tanggapan positif terhadap KPTM khususnya KPTM Alor Star. Semoga usaha-usaha kebajikan sebegini dapat diteruskan dan mendapat galakan yang baik dari pengurusan KPTM Alor Star.

No comments:

Post a Comment