Wednesday, October 28, 2009

Bengkel Blogging - menghitung hari

Salam:

Tinggal beberapa hari lagi, kumpulan pelajar DCSN 2A akan menganjurkan satu program yang juga merupakan bengkel IT bertemakan "Blogging, Photoshop and Web Application". Seramai 30 peserta termasuk staf dan pensyarah telah mengesahkan akan menyertai bengkel ini. Ini merupakan satu cabaran kepada setiap anggota DCSN 2A di dalam menunjukkan skil menganjurkan sesuatu program walaupun 'audien'nya adalah di kalangan warga KPTM AS.

Saya mengharapkan program ini berjalan lancar sebagaimana program kumpulan DIT dan DCSN 2B sehinggakan pihak sekolah mengalu-alukan untuk diadakan bengkel Siri ke 2. Insyaallah..kita akan pertimbangkan untuk kumpulan pelajar akan datang. Untuk saudara Ahmad Yaacob dan rakan-rakan, diharap tekadkan semangat dan bersatu hati dalam menjayakan bengkel ini pada Sabtu, 31 Oktober 2009 kelak. Insyaallah.

Monday, October 26, 2009

Jelaskan Tunggakan Yuran

Salam:

Sebagaimana kebiasaan, pabila hampir peperiksaan akhir, pelajar-pelajar akan berpusu-pusu ke Kaunter Kewangan sama ada untuk menjelaskan hutang tertunggak atau memohon lanjutan supaya dapat dibenarkan memasuki dewan peperiksaan. Oleh itu, disarankan agar 'kegiatan' ini dapat dibuat seawal mungkin demi mengelak dari kesesakan dan mengganggu proses perjalaan peperiksaan akhir nanti.

Musibah

Salam:

Puan Shahida Jamaluddin, pensyarah IT di KPTM AS telah kehilangan kereta miliknya WAJA beserta laptop dan beberapa dokumen penting apabila keretanya telah dicuri semasa berada di tempat letak kereta di Tesco kelmarin. Menurutnya, keretanya diletak di tingkat atas ruang parkir Tesco petang itu disamping beberapa kenderaan lain. Kita berasa dukacita mendengarkan kejadian ini dah berharap kita akan lebih berhati-hati apabila meninggalkan kenderaan kita sama ada kereta mahupun motosikal. Kepada Puan Shida, bersabarlah akan ketentuan ini. Insyallah.

Thursday, October 22, 2009

Slides OMT 155

Salam:

Here are the slides for your reference. Good Luck for your upcoming exam. Please be reminded not to depend totally on the slides. Read your 'kitab'. Thank you.
Slides:
Non verbal
Conflict in Interpersonal Communication
Interpersonal Relationship
Message and Conversation (Conversational Message)
Message

Tuesday, October 20, 2009

Sambutan Aidilfitri KPTM Alor Star

Salam:

KPTM Alor Star telah mengadakan sambutan Aidilfitiri pada Rabu 15 Oktober 2009 mulai jam 8.00 malam. Sebanyak 31 buah khemah didirikan dengan pelbagai juadah. Tahniah di atas kerjasama semua pelajar yang bergotong royong terutamanya kumpulan mentee DCSN/DIT 4.
Lihat Foto

Saturday, October 17, 2009

Smart IT Workshop

Salam:

Tahniah kepada kumpulan pelajar DCSN 2B di atas berhasilnya menganjurkan Smart IT Workshop di Sekolah Kebangsaan Kangkung pada Khamis, 15 Oktober 2009 mulai pukul 9 hingga 4 petang. Program dengan kerjasama PIBG sekolah ini disertai hampir 39 murid sekolah darjah 5 dan kerjasama penuh dari pihak sekolah sangatlah membanggakan.

Ucapan terima kasih juga kepada wakil pengurusan KPTM AS iaitu En Ramlan dan Pn Marina yang sudi hadir semasa sesi penutup. Akhir sekali, tahniah sekali lagi kepada kumpulan pelajar pimpinan Sdr Musyarraf Mazlan.

Wednesday, October 14, 2009

Blogging Workshop

Salam:

Para pelajar DCSN 2A akan mengendalikan satu Bengkel Blogging pada Sabtu, 31 Oktober 2009 mulai pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Semua warga KPTM AS adalah dialu-alukan untuk turut serta mempelajari bagaimana membangunkan laman blog sendiri. Bengkel ini adalah PERCUMA. Sila berjumpa wakil DCSN 2A untuk keterangan lanjut atau berikan nama anda di kaunter perpustakaan. Sekian, harap maklum.

Tuesday, October 13, 2009

Bengkel IT Anjuran Pelajar DIT 2






Salam:
Satu bengkel IT untuk pelajar Darjah 6 telah berjaya diadakan di Sekolah Kebangsaan Mergong yang dianjurkan oleh kumpulan pelajar DIT semester 2 pada Isnin, 12 Oktober 2009 mulai 8 pagi hingga 1 tengahari.

Program ini dirasmikan oleh guru besar sekolah terbabit. Turut serta En Mohd Rosidi selaku TPA KPTM Alor Setar, Puan Marina Ahmad serta Penyelia Hal Ehwal Murid sekolah itu. Program sebegini adalah baik sebagai pendedahan langsung kepada pelajar KPTM AS bukan sahaja dalam aspek menganjurkan sesuatu program malahan menilai tahap keberkesanan pelajar bekerja dalam kumpulan, interaksi sosial, kepimpinan, pengucapan awam dan sebagainya. Sekian. MORE PIXs

Thursday, October 8, 2009

Sukan Antara Kolej (SUPTEM) 2009

Salam:

Kepada mana-mana pelajar yang berminat mewakili KPTM Alor Setar di dalam acara sukan berikut:
  • Bolasepak (L), Bola Jaring (P), Bola Tampar (L/P), Sepak Takraw (L), Ping Pong (L/P) dan Badminton (L/P)
Boleh mendapatkan borang di Kaunter Perpustakaan, Pejabat HEP dan dari penasihat-penasihat acara:
  • Khairulnizam Shuib : Bolasepak
  • Basharoh Abd Hamid: Bolajaring
  • Ahmad Hafizi : Bola Tampar
  • Marliana Mohamad : Pingpong
  • Mohd Uzaini : Sepaktakraw
  • Hanin Amelia : Badminton

Tuesday, October 6, 2009

Menghadiri Taklimat Sambutan Eidul Fitri KPTM AS

Salam:

Satu taklimat berkaitan sambutan Eidul Fitri Peringkat KPTM Alor Star telah diadakan di Perpustakaan, 05 Oktober 2009, kelmarin. Taklimat disampaikan oleh En Ramli, Pengarah KPTM AS.

Hasil taklimat adalah seperti berikut:
  • Tarikh, Tempat dan Masa: 14 Okt 2009, Bangunan Suka Menanti, 7.00-11.00 pm
  • 31 buah khemah akan didirikan
  • Maksima 60 pelajar untuk setiap khemah berserta 2 Pensyarah (Mentor) dan Staf Admin
  • Setiap khemah diberikan menu tersendiri untuk disiapkan. (Kumpulan Saya: Lemang, Ketupat dan Rendang)
  • Setiap khemah diperuntukkan RM700 untuk perbelanjaan persiapan.
  • Penilaian akan dibuat kepada kumpulan terbaik dan hadiah disediakan pihak kolej.
  • Pakaian: Rayaleeee.
Itu sahaja buat kali ini. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Juliana, penyelaras Sambutan Eidul Fitri kali ini.

Datang, jangan tak datang...Datanglah beramai-ramai. Ada pelbagai juadah disediakan...SATE sahaja 13 khemah, BBQ ayam & daging, nasi kerabu, kuih-muih, laksa-laksam....MACAM-MACAM ADA...

* ada persembahan khas....

Monday, October 5, 2009

Final Exam Program Dalaman

Salam:

Final Exam bagi program AA dan AB (Dip Account dan Dip Business Management) akan bermula pada 15 November 2009. Program DIT dan DCSN akan dimaklumkan nanti. Sekian.

Sunday, October 4, 2009

Memenuhi Undangan Rumah Terbuka

Cuti hujung minggu dipenuhi dengan menghadiri jamuan rumah terbuka Aidilfitri Marina dan Ramlan di Desa Chengai Indah, Jalan Kuala Kedah di sini. Turut kelihatan adalah rakan-rakan pensyarah beserta keluarga dan sebahagian kecil pelajar-pelajar. Menu utama adalah NASI DAGANG Terengganu. Khabarnya 11 kg nasi dagang habis licin. Alhamdulillah.

Thursday, October 1, 2009

Menziarahi Mangsa Kebakaran 8 Rumah







Salam:

Tragedi yang menimpa 8 keluarga di Kampung Kilat, belakang Kompleks Hijau Kuning di mana kebakaran telah meragut kediaman mereka kira-kira pukul 10 pagi, 30 September 2009 kelmarin. Hampir keseluruhan ruang kediaman hangus.

2 kanak-kanak kecil meninggal, berumur 4 tahun dan adiknya 2 tahun kerana terperangkap di dalam salah sebuah rumah di tempat kejadian.

Salah sebuah rumah mangsa merupakan ahli keluarga terdekat saya dan sempat menziarahi mereka pada lewat petang semalam dan sebelah malamnya.

Mangsa ditempatkan di Kompleks Hijau Kuning dengan pelbagai bantuan dari setiap segi. Sekiranya ada terdetik di kalangan warga KPTM Alor Setar untuk turut menghulurkan bantuan, dapatlah berbuat demikian dengan pergi sendiri ke Kompleks Hijau Kuning, Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan berjumpa dengan petugas (terdiri dari pasukan Bulan Sabit Merah). Insyallah.