Wednesday, September 30, 2009

KELAS GANTI - JUMAAT 02 OKT 2009

Salam:
Saya dimaklumkan secara lisan bahawa pada Jumaat 02 Oktober 2009 ini merupakan hari kuliah bagi KPTM Alor Star menggantikan hari Khamis, 17 September 2009 iaitu cuti awal yang diberikan kepada pelajar dan pensyarah sempena hari raya Aidilfitri lalu.
Jadual hari Khamis akan digunakan untuk tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, pihak akademik akan mengeluarkan notis rasmi berkenaan arahan Kelas Ganti pada Jumaat ini. Harap maklum.

Monday, September 28, 2009

Sudah WEEK 10...shift your gear

Salam:

Sekarang sudah memasuki WEEK 10. Masa berbulan madu is coming to the end. Let's shift the gear...ready for the final and check the progress of your projects. Good Luck

Saturday, September 19, 2009

Selamat Menyambut Aidilfitri

Salam :

Selamat menyambut Aidilfitri buat semua, mudah-mudahan kita dirahmati oleh-Nya. Dikesempatan ini, jari disusun menghulur maaf zahir dan batin, moga kita sentiasa berada dalam peliharaan-Nya.

Tuesday, September 15, 2009

Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah, KPTM Alor Star telah menyampaikan sumbangan meringankan bebanan golongan yang memerlukan. Melalui program yang dianjurkan Pelajar-pelajar Semester 1 Program Pengurusan Perniagaan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar ini, golongan ini diraikan di perkarangan Menara Alor Star pada Selasa 15 September 2009.
Timbalan Rektor Akademik, En Abdul Azmi Abdul Aziz sudi menyerahkan segala sumbangan berbentuk barangan dan kewangan yang didermakan oleh sebahagian besar organisasi perniagaan dan individu.
Usaha ini dilihat mampu memberikan tanggapan positif terhadap KPTM khususnya KPTM Alor Star. Semoga usaha-usaha kebajikan sebegini dapat diteruskan dan mendapat galakan yang baik dari pengurusan KPTM Alor Star.

Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Pelajar OM dan HM

Isnin, 14 September 2009, pelajar-pelajar proram OM dan HM telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Hotel Star City, Jalan Putra di sini. Program anjuran pelajar semester 3 OM ini turut disertai sebilangan besar pelajar-pelajar OM dan HM semester 3 dan juga beberapa pelajar semester 1 dan 2. Beberapa pensyarah juga turut kelihatan. Antaranya Puan Sharizat, En Wan Hizam dan lain-lain.
Program ini adalah baik sebagai pendedahan awal terhadap skil menganjurkan sesuatu acara khas di mana perancangan dan perlaksanaan memerlukan penilitian. Syabas dan sekalung tahniah buat Saudari Hazlinda dan rakan-rakan.

Monday, September 14, 2009

Program Kebajikan Ramadhan

Salam:
Tahniah kepada penganjur Program Kebajikan Ramadhan yang bakal berlangsung pada Selasa, 15 September 2009 di Menara Telekom, Alor Star.
Program ini mendapat liputan dari stesen-stesen radio 3 Kedah, Sinar FM. Program ini berjaya memberikan publisiti yang positif terhadap KPTM Alor Star. Tahniah sekali lagi buat para pelajar Semester 1, Program Pengurusan Perniagaan di atas inisiatif dan daya kreatif anda semua. Good Job!!

Thursday, September 10, 2009

Majlis Berbuka Puasa Anjuran MPP

Majlis Berbuka Puasa anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM Alor Star telah diadakan pada Rabu 9 September 2009 bertempat di Dewan TNB, Mergong di sini. Jamuan berbuka di adakan di dalam dewan yang dapat memuatkan lebih dari 300 pelajar. Ustaz Khairul Anuar mengetuai bacaan doa bersama semua pelajar. Turut serta adalah En Saifulkahar, TPP, Ketua-ketua Jabatan dan sebahagian kecil pensyarah.



Wednesday, September 9, 2009

Berbuka bersama Mentee

Selasa, 8 Sept 09, saya berkesempatan berbuka bersama pelajar-pelajar yang juga mentee kumpulan DIT dan DCSN bertempat di Restoran Idaman Kuala, di Jalan Kuala Kedah di sini. Kami berkongsi lebih kurang RM16 seorang. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Thursday, September 3, 2009

Wednesday, September 2, 2009

Participate!!!

Salam:

Lately, I've been reminding students esp in our classes to participate by throwing ideas, opinions, questions etc. I believe that we may learn much faster and easier by participating rather than waiting for input from the lecturers. Don't worry about language. It'll just sound weird if it's pronounced wrongly. Just 'live up' our class by being active members.

And some of us keep 'silent'. As always stated, 'silence' is also communication'. Happy to see some active members/students in our class who always tried to make the situations in class alive. It doesn't matter if our native language is being used while communicating. To me, the most importantly is the messages are clearly understood by others. Bye.

Attending Moderation Workshop (Sem July-Nov 2009)

I'll be attending the Final Exam Moderation Workshop at De Palma Ampang, KL from 3rd to 6th September 2009 (Thursday to Sunday). Classes for Thursday and Sunday have been replaced.