Sunday, August 23, 2009

Pelajar KPTM berkelakuan 'sumbang' di Bulan Ramadhan

Salam semua:

Baru hari pertama kita menjalani ibadah puasa, saya mengambil kesempatan menziarahi bazar Ramadhan di Taman Wira, Mergong. Sejak asyik meneliti gelagat orang ramai yang menjual dan membeli, mata saya terpandang 'perbuatan' yang menjolokkan di mana satu pasangan remaja Melayu Islam berjalan sambil berpelukan di khalayak ramai. Apa yang hendak dipertontonkan???Sayang sekali, pasangan itu cukup dikenali. Mereka adalah pelajar-pelajar di sini, di KPTM Alor Star...aduhai.....Sambil berjalan, si lelaki meletakkan tangannya(memeluk) di leher si perempuan dan si perempuan ini pula dengan bangga dan tanpa segan silu pulak merelakan perbuatan 'boyfriend' nya itu..

Kadang-kadang terfikir pula, tidakkah mereka ini 'sensitif' terhadap keadaan sekeliling tambahan pula di bulan yang mulia ini. Tidakkah mereka sedari bahawa setiap tindak tanduk dan kelakuan mereka diperhatikan oleh orang lain dan memberi mesej kepada yang melihatnya dan seterusnya mengundang persepsi yang negatif bukan sekadar kepada mereka sahaja tetapi juga pelajar-pelajar KPTM lain juga terasa palitannya. Moga-moga kita dilindungi. Insyallah.

17 comments:

  1. "remaja kita dah tak tahu menilai yg mana baik dan buruknya...yg mana berlian yg mana pasir. Yg pasti siperempuan merasa bangga dgn perlakuan sebegitu wpun si pakwenya hanyalah budak sek....renung2kanlah!

    ReplyDelete
  2. itule dunia ini byk yang palsunye

    ReplyDelete
  3. hahaha..pekara besa di kolej ini.....

    ReplyDelete
  4. adakah menjadi kebiasaan sehingga lupa akan adat dan batasan?

    ReplyDelete
  5. si perempuan 2 terlalu mudah pcaya pd si lelaki 2..aduh apa nak jd ngn bdAk zmn skrg nie????pelajar kptm yg melakukan pbuatan tkutuk 2 sedar lah diri kamu....

    ReplyDelete
  6. lalai dan leka, itulah yang dapat menggambarkan perbuatan tersebut. Halal dan haram tidak lagi dipertimbangkan. Tidak lagi sedar akan azab yang Allah S.W.T janjikan diatas perbuatan itu.

    ReplyDelete
  7. insaf la wahai manusia sekalian..untuk hindari bih baik kawen ja..tk payah bljr..cian lh pd parent anda di kg...ingat lah diorang..sblom anda nk bt suatu pkr..pikir betul2..biarlah ibu kte menangis krn kgembiraan,jangan menangis krn kkcewaan yg anda telah lakukan...

    ReplyDelete
  8. Apapun yang berlaku...kita semua ada tanggungjawab untuk melakukan sesuatu..bukan sekadar memberi komen....alangkah bagusnya kalau pihak kolej boleh adakan sesi tazkirah ataupun ceramah berkala (dijadualkan) untuk memberi didikan dan kesedaran kepada pelajar.....kalau program lain kita boleh buat....rasanya program begini jua boleh dimulakan.....pahala pun kita dapat....kita yang kecik-kecik ni....tak boleh nak memandai aturkan program tu...apa kata pihak pengurusan yang arahkan dan di initiate oleh HEP or lain-lain...takkan nak dengar saja kut...

    ReplyDelete
  9. xfaham dengan sikap remaja skrg..kononnya bila ada pakwe/mkwe rasa bangga ja..padahal mereka xtau perjalanan mereka masih jauh lagi.banyak yang lebih penting untuk dipikirkan selain ber'couple'.

    ReplyDelete
  10. betul2....sokong...

    ReplyDelete
  11. betul2 soKong..
    kalo x mkIn ramai Lg check In kt shahab Nti.
    hahaha....biasa lah...KPTM..Normal lah!

    ReplyDelete
  12. yang Tua Perlu lah Mnegur Yang Muda...
    apatah lg Mgenali n di Kenali...
    jd ingat2lah...renung2kn..selamat beramal...

    ReplyDelete
  13. dunia semakin hari semakin tua...
    banyak maksiat berlaku pada akhir zaman ni...
    ape yang saye sebut ni de tertulis dalam alquran...
    kalu saye ni keje kat jabatan agama...
    saye x teragak2 untuk kenakan tindakan pada org b'kenaan...

    ReplyDelete
  14. ckp pndai,kdang2 kta pn trlpa..jgn nmpk owg ja,kta 2 btl sgt dh ka????so,kta sma2 la bermuhasabah dri msg2..jgn kta org ja k...jgn igt kta 2 prfect sgt...k...renung2kan dan selamat beramal....

    ReplyDelete
  15. apepn pihak kolej harus ambil tindakan seperti mana senior2 dulu kena
    bukan dulu ada sesi ceramah ka bila dpt tau pasal kapel2 nih
    yang tau stdnt kptmas smakin berani ambil awek2 depan kolej
    hebat sgt kot
    belajar tak tara mana kapel ja lebih

    ReplyDelete
  16. huuuuuu.........
    pala pak hang bulu........
    nshat org knon........
    diri sndri pon da kompom kt neraka.........
    byk cite plak......huuuu

    ReplyDelete